LENSA DADAH

Menganalisis Dadah Daripada Perspektif Berbeza

LENSA DADAH

Menganalisis Dadah Daripada Perspektif Berbeza

Ahli Kumpulan

Set Data

Negeri & Wilayah Persekutuan

Penagih

Mengenai Dadah

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

T

Kesan

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)

T

Konsekuensi

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

T

Tujuan

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

T

Fungsi Sosial

Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Masalah Ketagihan Dadah

Ketagihan dadah bukanlah sesuatu yang dapat disembuhkan dengan mudah; semudah jampi ‘Abracadabra!’ Harry Potter. Ada 3 penyebab utama seseorang itu menghidapi masalah ini menurut National Institute on Drug Abuse USA

R

Faktor Biologi

Jantina, etnik & masalah kesihatan mental boleh mengakibatkan ketagihan.

R

Faktor Persekitaran

Pengaruh rakan, penderaan seksual & fizikal & tekanan memberi kesan kepada ketagihan. 

R

Cara Dibesarkan

Semakin awal seseorang menggunakan dadah, semakin sukar untuk mengubatinya.

3 Jenis Dadah Yang Paling Popular di Malaysia

 

 

Opiat

Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. 4 jenis dadah dalam keluarga Opiat adalah: Opium, Heroin, Morfin dan Kodin

Metamfetamin

Metamfetamin merupakan sejenis (psikotrapit) dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Metamfetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.

Ganja

Ganja berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa.Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap. Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap.

Dapatkan Gambaran Keseluruhan Mengenai Permasalahan Dadah di Malaysia

 

 

KLIK DISINI

Kajian: Faktor-Faktor Terjadinya Ketagihan Dadah

Berdasarkan analisis temuduga (Sandra Piriya, 2013), pengkaji dapat mengetahui bahawa faktor utama yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah ialah pengaruh kawan. Pergaulan dengan orang yang tidak berkelakuan baik menyebabkan kebanyakan orang terlibat dalam...

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Masyarakat

Gejala penyalahgunaan dadah bukan hanya mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap diri tetapi ia juga mampu menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut kepada masyarakat. Antara kesan tersebut ialah berlakunya ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi,...

Apa Yang Kita Perlu Tahu Mengenai Dadah?

Apa yang dimaksudkan dengan dadah ialah dadah merupakan bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya, pesakit...

Informasi Mengenai Dadah Yang Wajib Kita Tahu

Terdapat beberapa jenis bahan terlarang yang telah diklasifikasikan sebagai dadah oleh pihak berkuasa. Antaranya adalah opiat, stimulan, ganja, depresen dan lain-lain. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai setiap jenis bahan yang...

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Negara

Dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara kerana menjadi ancaman kepada negara kita sejak sekian lama dan membawa kepada beberapa kesan buruk yang tidak diingini. Golongan belia didapati antara golongan yang terbesar terlibat dengan masalah dadah...

Answer: Why Is It So Hard For Me to Quit Drugs?

Healing from addiction takes time. Making up your mind to stop using drugs is a big step. Being addicted makes you afraid of what will happen if you don't keep taking the drug. People often won't try quitting until they're forced to, because it seems too hard. When...

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Analisis Lengkap Mengenai Permasalahan Dadah di Malaysia

 

 

KLIK DISINI